GAMBAR Molina di sebelah jasad Maradona yang tular. FOTO Agensi
GAMBAR Molina di sebelah jasad Maradona yang tular. FOTO Agensi
Agensi

Buenos Aires: Pekerja rumah pengkebumian yang mencetuskan kontroversi apabila bergambar bersebelahan dengan jasad Diego Maradona menyerah diri kepada pihak polis selepas khabar angin mendakwa dia dibunuh.

Gambar Diego Molina dilihat memberikan tanda bagus di tangannya bersebelahan keranda Maradona tular di seluruh dunia.

Dia kemudian menyembunyikan diri selepas dua lagi pekerja menerima ancaman bunuh.

Pihak berkuasa sedang giat menyiasat pelbagai sudut 'kecuaian' selepas terdapat dakwaan ambulans lewat tiba di rumah Maradona yang meninggal dunia kerana serangan jantung.

Sementara itu, seorang ahli virologi berpengalaman membidas Presiden Argentina kerana membenarkan sejumlah besar penyokong berkumpul untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Maradona.

Mereka dilihat berbaris panjang dengan kebanyakannya tanpa memakai penutup hidung dan muka sekali gus mencetuskan kebimbangan akan terdapat kes baharu Covid-19.

Dr Arnaldo Casiro berkata: "Kami secara konsisten memberitahu orang ramai untuk berkorban sedikit supaya kita boleh meraikan Krismas dan Tahun Baru.

"Kami akan sentiasa memberitahu mereka untuk mengekalkan jarak sosial dan kemudian tiba-tiba menyaksikan peristiwa seperti itu. Ia jelas tidak konsisten dengan apa yang kami sarankan.

"Sudah pasti saya sedih atas kehilangan Maradona tetapi segala-galanya perlu dikawal dengan rapi untuk meminimumkan risiko dijangkiti Covid-19," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2020 @ 11:52 AM