Penyerang Manchester United, Edinson Cavani (kanan) meraikan jaringannya ketika berdepan Southampton. FOTO AFP
Penyerang Manchester United, Edinson Cavani (kanan) meraikan jaringannya ketika berdepan Southampton. FOTO AFP
AFP

London: Kegembiraan Edinson Cavani menjaringkan dua gol buat Manchester United, semalam dijangka terjejas selepas bakal disiasat oleh Persatuan Bola Sepak (FA) susulan kenyataan di media sosial yang kemudian dipadam.

Penyerang Uruguay berusia 33 tahun itu memuat naik di Instagram termasuk dalam perkataan Sepanyol "negrito" ('hitam') sebagai membalas mesej kepada ucapan tahniah selepas melengkapkan kemenangan kelabnya, 3-2 ke atas Southampton.

United berkata perkataan itu jelas digunakan dengan penuh mesra dan mempunyai maksud mendalam yang berbeza di Amerika Selatan.

Kelab itu memberitahu bekas penyerang Paris Saint Germain (PSG) itu dimaklumkan beberapa perkataan itu dianggap penghinaan di Britain dan dia kemudiannya memadamnya.

Pihak FA mengeluarkan garis panduan pra musim yang menekankan bahasa dan tingkah laku rasis dan diskriminasi, dengan kesalahan di media sosial yang membawa kepada hukuman minimum digantung tiga perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2020 @ 8:07 PM