Jurulatih Jerman, Joachim Loew (tiga dari kiri) ketika sesi latihan skuad itu. FOTO AFP
Jurulatih Jerman, Joachim Loew (tiga dari kiri) ketika sesi latihan skuad itu. FOTO AFP
AFP

Berlin: Joachim Loew kekal sebagai pengendali Jerman bagi saingan Kejohanan Eropah yang ditangguhkan kepada tahun depan sekali pun berdepan beberapa keputusan hambar kebelakangan ini, umum Persatuan Bolasepak Jerman (DFB).

"Jawatankuasa presiden DFB membuat keputusan sebulan suara ketika sidang video untuk mengekalkan jurulatih Joachim Loew yang menyambung kontraknya pada Mac 2019." dalam kenyataan badan induk itu.

Loew, 60, memikul tugas itu sejak Mac 2006 dan memenangi Piala Dunia bersama Jerman pada 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2020 @ 11:43 PM