FLAMENGO turut terbabit dalam pemecatan jurulatih musim ini walaupun berada di kedudukan ketiga terbaik liga. FOTO AFP
FLAMENGO turut terbabit dalam pemecatan jurulatih musim ini walaupun berada di kedudukan ketiga terbaik liga. FOTO AFP
AFP

Sao Paulo: Pandemik Covid-19 menyebabkan tahap pengangguran tinggi di Brazil namun lebih memburukkan ia membabitkan jurulatih di saingan tertinggi negara berkenaan dipecat walaupun hanya empat kali mencatat keputusan buruk.

Kelab Brazil sekarang adalah juara dunia dalam memecat jurulatih dan jumlahnya sangat tinggi tahun ini.

Selepas 22 perlawanan musim ini, tidak kurang 22 jurulatih kurang bernasib baik.

Ia bukan membabitkan pasukan di bawahan liga yang sentiasa berlumba-lumba untuk memperbaiki prestasi.

Tiga minggu lalu, penyandang juara Brazil dan Amerika Selatan, Flamengo, memecah jurulatih, Domenec Torrent selepas tiga bulan mengambil alih.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu dipecat walaupun Flamengo menduduki tangga ketiga, hanya dibezakan satu mata dengan pasukan tangga teratas.

Beliau digantikan dengan Rogero Ceni, yang menyaksikan gergasi Rio de Janeiro itu minggu ini gagal mempertahankan kejuaraan Copa Libertadores selepas kalah menerusi penentuan penalti dengan pasukan Argentina, Racing.

Dalam 20 pasukan saingan utama, hanya lima belum melakukan pertukaran jurulatih musim ini.

Kajian terbaru yang dilakukan Brazil adalah negara paling tinggi memecat jurulatih bagi saingan utama.

.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2020 @ 11:36 AM