NEYMAR memberi bayangan mahu bergabung dengan Messi. FOTO AFP
NEYMAR memberi bayangan mahu bergabung dengan Messi. FOTO AFP
AFP

Paris: Paris Saint-Germain (PSG) minggu ini berjaya mengetepikan krisis mereka dengan menumpaskan Manchester United untuk menghidupkan peluang mereka dalam kempen Liga Juara-Juara dan peminat kelab berkenaan semakin pening mengenai desas-desus Lionel Messi akan berpindah ke sana musim depan.

Neymar menjaringkan dua gol di Manchester dan mengeluarkan kenyataan terbuka menyatakan hasratnya bergandingan bersama rakan sepasukan musim depan.

"Saya mahu bermain dengannya itu sudah pasti, tahun depan kami harus melakukannya," kata Neymar," katanya kepada ESPN.

Dengan Messi beraksi dalam musim terakhir serta cuba mencari jalan meninggalkan Barcelona, yang mengalami kesan buruk akibat impak Covid-19, Neymar merasakan penggabungan semula di Paris adalah lebih ideal berbanding dia kembali ke Nou Camp.

Sementara itu, PSG harus mencari jalan bagaimana untuk menandatangani kontrak baru Neymar dan Kylian Mbappe yang kedua-duanya berakhir pada 2022.

Kelab kepunyaan pemilik dari Qatar itu juga terkesan dengan pandemik, selepas tidak mendapat keuntungan daripada jumlah kehadiran peminat ke stadium apabila perlawanan di Perancis berlangsung tanpa penonton.

Berjaya mara ke pusingan 16 terakhir akan mendorong mereka daripada peningkatan sumber kewangan.

Pasukan bimbingan Thomas Tuchel hanya memerlukan seri di laman sendiri apabila berdepan Istanbul Basaksehir minggu depan.

"Saya tidak datang ke Paris untuk bermain Liga Europa," kata Neymar.

Bagaimanapun, Tuchel memberi amaran kepada anak buahnya bahawa mereka hampir layak, di mana membawa maksud masih belum layak lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2020 @ 12:14 PM