SUAREZ dikatakan menerima soalan lebih awal. FOTO AFP
SUAREZ dikatakan menerima soalan lebih awal. FOTO AFP
AFP

Rome: Pendakwaraya Itali berkata, mereka mengesyaki Juventus terbabit dalam kes penipuan yang dilakukan Luis Suarez ketika menjalani ujian bahasa Itali yang dilakukan awal tahun ini.

Ujian berkenaan adalah langkah pertama yang diperlukan oleh pemain berusia 33 tahun itu untuk menerima pasport Itali seterusnya membolehkannya berpindah dari Barcelona ke Juve, namun keputusan berkenaan tidak berlaku selepas Suarez menandatangani dengan Atletico Madrid.

Penyandang juara Liga Itali itu juga sebenarnya tidak dapat untuk mengambil Suarez kerana kuota pemain bukan Eropah sudah mencukupi,

"Siasatan berkenaan membolehkan kita memahami pada awal September, pengarah kelab Turin itu memulakan langkah, termasuk di institusi tinggi, untuk mempercepat proses kewarganegaraan Suarez," kata pendakwaraya di Perugia, lokasi di mana Suarez mengambil ujian berkenaan.

Pengarah di universiti di Perugia, dituduh memberikan soalan lebih awal kepada Suarez.

Semalam, pendakwaraya mengulangi pertuduhan itu dan mencadangkan untuk menggantung pegawai universiti yang disyaki selama lapan bulan.

Selepas itu, Juve mengulangi kenyataan mereka sejak beberapa hari selepas siasatan di buka pada September dengan menyatakan keyakinan bahawa siasatan akan membuktikan bahawa pengarah sukan, Fabio Paratici tidak bersalah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2020 @ 8:32 AM