CHELSEA mempamer aksi cemerlang setakat ini. FOTO AFP
CHELSEA mempamer aksi cemerlang setakat ini. FOTO AFP
Agensi

London: Gary Neville berkata Chelsea menjadi pasukan pilihan untuk memenangi Liga Perdana musim ini berbanding seteru utama mereka, Tottenham.

Bekas bintang Manchester United dan England itu menggariskan tiga faktor memilih Blues, iaitu pengalaman, sejarah yang mengagumkan dan kebolehan kelab itu untuk melakukan perkara 'jelek' untuk memenangi trofi.

Tottenham kini menduduki tangga teratas liga berbanding seteru utama London itu.

"Saya rasa Chelsea mempunyai peluang lebih tinggi untuk memenangi kejuaraan liga berbanding Spurs kerana mereka mempunyai N'Golo Kante, Thiago Silva serta barisan pemain lain.

"Chelsea sering memenangi trofi di bawah pemilik Roman Abramovich

"Mereka juga mempunyai barisan pemain berbakat dan juga mampu melakukan perkara yang 'jelek' ketika beraksi. Jadi mereka adalah pencabar sebenar," katanya.

Namun ketika Neville memilih Chelsea berbanding Tottenham, beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk anak buah Jose Mourinho memenangi kejuaraan liga sejak 1961.

"Kita sudah dapat saksikan mereka ketika bertemu United, City, Chelsea dan Arsenal. Mereka berjaya meraih 10 mata daripada 12 mata maksimum. Mourinho mempunyai barisan pemain berkaliber," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Disember 2020 @ 8:34 PM