RONALDO (kanan) melompat tinggi untuk menanduk masuk gol kedua Juventus. FOTO AFP
RONALDO (kanan) melompat tinggi untuk menanduk masuk gol kedua Juventus. FOTO AFP
AFP

Milan: Cristiano Ronaldo meledak dua gol untuk membantu Juventus mengalahkan Parma 4-0 awal pagi tadi seterusnya merapatkan jurang satu mata di belakang pendahulu, AC Milan.

Gergasi Turin itu memburu kejuaraan liga ke-10 berturut-turut musim ini, kekal dengan rekod tanpa kalah selepas 13 perlawanan.

Ronaldo yang terlepas sepakan penalti pada pertengahan minggu ini ketika seri 1-1 dengan Atlanta, menebus kesilapannya dengan meledak dua gol buat kali ketiga selepas empat perlawanan.

"Ronaldo masih lagi tidak berpuas hati dengan dirinya apabila gagal menyempurnakan penalti.

"Dia tidak mengambil masa lama untuk memperbaiki kesilapannya dan memperoleh peluang membuktikan betapa dia sangat menyukai menjaringkan gol," kata jurulatih Juve, Andrea Pirlo.

Juve menduduki tempat ketiga berkongsi mata dengan Inter Milan, yang akan berdepan Spezia di San Siro, manakala AC Milan pula berkunjung ke Sassuolo.

"Kami perlahan-lahan menghampiri apa yang kami mahukan. Bukan saja saya tapi juga pemain," kata Pirlo.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2020 @ 2:21 PM