RONALDO (kiri) jelas kecewa dengan kekalahan kepada Fiorentina. FOTO Agensi
RONALDO (kiri) jelas kecewa dengan kekalahan kepada Fiorentina. FOTO Agensi
AFP

Milan: Cristiano Ronaldo dan Leonardo Bonucci meminta maaf kepada penyokong Juventus disebabkan aksi terburuk mereka musim ini apabila penyandang juara Serie A itu kalah buat kali pertama kepada Fiorentina.

'Bianconeri' beraksi dengan keseluruhan permainan tanpa seorang pemain selepas Juan Cuadrado diperintah keluar padang pada minit ke-18 dan mereka kalah 0-3 kepada pasukan yang berada di tempat ke-15.

"Ini adalah aksi terburuk Juventus musim ini. Saya meminta maaf kepada penyokong. Tidak ada apa yang boleh diperkatakan," kata Bonucci dalam Instagram.

Ronaldo pula menambah keputusan itu tidak boleh diterima tatkala dia gagal untuk menambah jaringan selepas mengumpul 12 gol Serie A setakat ini.

"Semalam, adalah aksi paling buruk dan tidak boleh diterima," kata pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 12:44 AM