Kejohanan Piala Dunia FIFA B-20 dijadualkan berlangsung di Indonesia tahun depan ditangguhkan pada 2023.
Kejohanan Piala Dunia FIFA B-20 dijadualkan berlangsung di Indonesia tahun depan ditangguhkan pada 2023.
AFP

Paris: FIFA menangguhkan Piala Dunia Bawah 20 (B-20) tahun yang dijadualkan berlangsung tahun depan di Indonesia dan kejohanan Bawah 17 (B-17) di Peru hingga 2023 kerana Covid-19.

"Pandemik Covid-19 kekal memberikan cabaran utama kepada penganjur acara sukan antarabangsa dan mendorong kepada sekatan perjalanan antarabangsa, jelas badan induk bola sepak dunia dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi mereka.

"Situasi global tampak sukar pulih pada tahap sepatutnya buat masa ini sehingga memberi cabaran kepada pihak terbabit untuk menjadi tuan rumah bagi kedua-dua kejohanan, termasuk pelaksanaan peringkat kelayakan yang berkaitan."

Tambah kenyataan itu FIFA berharap dapat berkerja sama dengan kedua-dua negara tuan rumah pada masa akan datang bagi menganjurkan kejohanan terbaik pada 2023.

Dua acara itu sama seperti lain-lain kejohanan bola sepak antarabangsa yang menjadi mangsa virus berkenaan, dengan Euro 2020 ditangguhkan hingga Jun depan, Copa America dipinda pada tarikh sama dan Piala Negara Afrika ditangguhkan hingga Januari 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2020 @ 8:28 PM