AUBAMEYANG hanya jaringkan tiga gol pada saingan liga setakat ini. FOTO Agensi
AUBAMEYANG hanya jaringkan tiga gol pada saingan liga setakat ini. FOTO Agensi
Agensi

London: Pierre-Emerick Aubameyang adalah pemain Liga Perdana Inggeris paling tidak menyerlah setakat ini, menurut data super komputer.

Penyerang Arsenal itu adalah antara beberapa nama besar dari kelab termasuk Chelsea, Liverpool dan Manchester United yang membarisi kesebelasan utama pemain paling tidak menyerlah musim 2020-21.

Aubameyang, 31, setakat ini hanya menjaringkan tiga gol pada saingan liga, jauh lebih teruk berbanding 10 gol yang berjaya dijaringkannya pada musim lalu sepanjang tempoh sama.

Prestasi pemain antarabangsa Gabon itu menjunam sejak menandatangani kontrak lumayan dengan gaji £350,000 (RM1.9 juta) seminggu September tahun lalu.

Segala statistik dan data dikumpul oleh super komputer Fantasy5 yang berasaskan kepada kaedah sistem pemarkahan fantasi football.

Prestasi Aubameyang menurun 4.1 mata pada setiap minggu sekali gus paling tinggi di kalangan pemain lain.

Gandingan bintang Liverpool, Sadio Mane dan Trent Alexander-Arnold turut berada dalam senarai pemain tidak menyerlah.

Bintang Chelsea, Kai Havertz tidak terkecuali daripada 'menyertai' senarai kesebelasan utama pemain tidak menyerlah bersama-sama Willian (Arsenal) dan Joao Moutinho (Wolves).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 12:19 PM