X
Pemain SPAL meraikan kejayaan menewaskan Sassuolo. FOTO Ihsan Twitter SPAL
Pemain SPAL meraikan kejayaan menewaskan Sassuolo. FOTO Ihsan Twitter SPAL
AFP

Milan: Kelab Serie B, SPAL mengejutkan kelab liga utama, Sassuolo 2-0 pagi ini, untuk mara ke suku akhir Piala Itali bagi menentang Juventus.

SPAL kini wakil tunggal kelab Serie B yang meneruskan saingan pada kejohanan itu selepas penyandang juara, Napoli menewaskan pendahulu divisyen dua, Empoli 3-2 semalam.

Dalam pertembungan membabitkan dua pasukan dari Emilia-Romagna, Sassuolo beraksi dalam separuh masa kedua dengan kekurangan seorang pemain selepas Filip Djuricic diperintah keluar padang hanya selepas waktu rehat kerana melakukan kekasaran ke atas Leonardo Sernicola.

SPAL mendahului sejurus penyingkiran Djuricic dengan Simone Missiroli menyempurnakan umpanan Demba Seck dengan sepakan voli Lorenzo Dickmann untuk gol kedua ketika satu jam permainan untuk mengatasi lawannya yang berada di kedudukan kelima Serie A.

SPAL akan berdepan Juventus pada 26 Januari ini apabila bekas juara 13 kali itu menewaskan Genoa 3-2 semalam selepas perlawanan berlarutan ke masa tambahan.

Atalanta turut mara selepas mengatasi Cagilari, 3-1 pagi ini, untuk berdepan pemenang saingan antara Lazio atau Parma.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 8:38 AM