BARCELONA terpaksa menunggu lebih lama untuk memiliki presiden baru selepas pemilihan untuk jawatan itu ditangguhkan. FOTO AFP
BARCELONA terpaksa menunggu lebih lama untuk memiliki presiden baru selepas pemilihan untuk jawatan itu ditangguhkan. FOTO AFP
AFP

Madrid: Barcelona mengumumkan pemilihan presiden kelab berkenaan ditangguhkan selepas peningkatan kes Covid-19 yang mendorong sekatan ketat di negara itu.

Pemilihan itu dijadualkan pada 24 Januari ini namun ditangguhkan selepas kerajaan Sepanyol berkata tidak akan ada pengecualian kepada mereka yang hadir melakukan undian.

Penangguhan itu bermakna Barcelona tidak akan memperoleh rejim baru pada minggu terakhir jendela perpindahan Januari, manakala masa depan Lionel Messi kekal tidak dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Kontrak Messi berakhir pada hujung Jun, di mana dia boleh meninggalkan kelab tanpa sebarang pembayaran, selepas gagal untuk berbuat demikian pertengahan tahun lalu.

Tarikh baru untuk pemilihan berkenaan tidak ditetapkan namun kelab berkenaan berkata dalam satu kenyataan mereka meminta Generalitat, kerajaan Catalonia, membenarkan undian dilakukan secara pos.

"Kelab memahami ia agak mustahil untuk mengadakan pemilihan pada tarikh yang ditetapkan kerana sekatan ketat yang dikenakan oleh kerajaan dalam konteks pandemik sekarang, jadi tarikh pemilihan mesti ditangguhkan," kata Barcelona.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 11:46 PM