X
Tiger Woods. FOTO Agensi
Tiger Woods. FOTO Agensi
AFP

Miami: Tiger Woods menjalani pembedahan mikrodisektomi (tulang belakang) bagi melegakan kesakitan pada saraf umum yayasan pemenang gelaran utama 15 kali itu, semalam.

Menerusi Twitter peribadinya, bintang golf berusia 45 tahun itu berkata dia mungkin tidak beraksi pada acara Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) di Torrey Pines atau Riviera nanti, tetapi doktor menjangkakan dia akan pulih sepenuhnya.

"Saya berharap dapat memulakan latihan dan saya memberi tumpuan untuk kembali beraksi di jelajah," kata Woods dalam satu kenyataan.

Woods mengalami rasa tidak selesa selepas beraksi di Kejuaraan PNC Disember lalu dekat Riviera bagi acara PGA yang memberi manfaat kepada yayasan kebajikannya.

Namun tiada tempoh masa ditetapkan untuk Woods kembali beraksi di PGA.

Beberapa siri kecederaan belakang dan pembedahan lutut, termasuk mengharungi tempoh pemulihan membataskan aksi Woods sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun dia berjaya memenangi kejuaraan utama pertama sejak 2008 di Masters 2019.

Pada Oktober 2019, Woods menang Kejohanan Zozo di Jepun bagi kejuaraan jelajah PGA AS ke-82, menyamai rekod yang dimenangi oleh Sam Snead.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2021 @ 11:29 AM