NEVILLE ambil kesempatan mengejak Liverpool berikutan kekalahan juara Liga Perdana itu. FOTO Agensi
NEVILLE ambil kesempatan mengejak Liverpool berikutan kekalahan juara Liga Perdana itu. FOTO Agensi
Agensi

London: Bekas bintang Manchester United, Gary Neville dan Rio Ferdinand mengejek kekalahan Liverpool kepada Burnley menerusi akaun Twitter masing-masing.

Juara Liga Perdana itu tewas mengejut 0-1 di tangan Burnley hari ini sekali gus menamatkan rekod 68 perlawanan tanpa kalah di Anfield.

Neville yang menyaksikan pasukan kesayangannya kini selesa dengan kelebihan enam mata berbanding Liverpool, nyata tidak melepaskan peluang mengejek kelab Merseyside itu.

Dia memuat naik gambar secara dekat menunjukkan kedua-dua matanya dengan emoji menunjukkan rasa terkejut.

Neville muat naik gambar di Twitter mengejek Liverpool. FOTO Agensi
Neville muat naik gambar di Twitter mengejek Liverpool. FOTO Agensi

Kemudian Neville menulis: "Aksi bola sepak malam Khamis nyata tidak mengecewakan."

Bekas rakan sepasukannya, Ferdinand kemudian menyertai ejekan terhadap kekalahan Liverpool itu dengan tulisan 'selamat pagi' bersama-sama emoji ketawa.

Kekalahan anak buah Jurgen Klopp itu adalah yang pertama di halaman sendiri sejak tewas kepada Crystal Palace pada April 2017.

Ia juga perlawanan keempat berturut-turut Reds gagal meledak gol selepas seri tanpa jaringan bertemu Newcastle dan Man United serta tewas 0-1 kepada Southampton.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 9:47 PM