ZIDANE disahkan positif Covid-19. FOTO AFP
ZIDANE disahkan positif Covid-19. FOTO AFP
AFP

Madrid: Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane disahkan positif Covid-19, umum kelab itu hari ini.

Keputusan ujian itu hadir sehari sebelum kelab itu berkunjung ke Alaves untuk aksi La Liga dalam usaha bangkit daripada kekalahan memalukan tersingkir di Copa del Rey.

"Real Madrid melaporkan jurulatih kami, Zinedine Zidane diuji positif Covid-19," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Zidane sudah pun menjalani proses pengasingan diri bulan ini selepas mempunyai kontak rapat bersama individu yang positif virus itu.

Dia kemudian disahkan negatif dan meneruskan tugasnya membimbing pasukan.

Selepas tewas di Piala Super Sepanyol dan Copa del Rey, Zidane sekali lagi berdepan tekanan dalam usaha memperbaiki prestasi Real Madrid untuk mencabar kejuaraan La Liga apabila berkunjung ke Alaves.

Penolong jurulatih Real, David Bettoni berkata, Zidane berada dalam keadan baik selepas didapati positif wabak itu namun kecewa kerana tidak dapat bersama pemain.

"Saya bercakap dengannya dan dia berada dalam keadaan baik," kata Bettoni.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 11:07 PM