GUARDIOLA gusar Liga Super Eropah mampu membunuh saingan domestik. FOTO AFP
GUARDIOLA gusar Liga Super Eropah mampu membunuh saingan domestik. FOTO AFP
AFP

London: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata, beliau tidak gembira dengan cadangan penganjuran Liga Super Eropah kerana mampu meletakkan saingan liga dan piala domestik dalam keadaan bahaya.

Laporan Times berkata, 15 kelab yang dipertaruhkan untuk menyertai pertandingan membabitkan 20 pasukan itu akan ditawarkan sebanyak £310 juta (RM1.7 bilion) dan akan meningkat £213 juta (RM1.1 bilion) setiap musim.

Enam gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) termasuk City dilaporkan akan menjadi antara pengasas saingan yang bakal bermula pada 2022-23.

Bagaimanapun, Guardiola yang juga pernah melatih pasukan di Sepanyol dan Jerman, menyatakan kegusaran bagaimana saingan liga itu akan memberi impak kepada aksi domestik.

"Saya dapat merasakan kita tidak boleh mengetepikan saingan tempatan, apa maknanya Piala FA dan liga.

"Apa yang boleh kita lakukan setiap liga di Eropah harus diperkukuhkan, kurangkan jumlah pasukan, baik untuk Liga Kejuaraan, divisyen tiga, divisyen empat, EPL. Cari kualiti bukannya kuantiti.

"Jika anda hendak adakah Liga Super Eropah, anda perlu mengurangkan pasukan namun tidak boleh membunuh divisyen bawahan atau EPL itu sendiri," katanya.

Badan induk bola sepak dunia, FIFA dan enam konfederasi benua secara terbuka menolak saingan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 9:23 AM