SUFFIAN berkata dua import itu membabitkan posisi penyerang dan pertahanan. FOTO NSTP
SUFFIAN berkata dua import itu membabitkan posisi penyerang dan pertahanan. FOTO NSTP
Asrol Awang


Kuantan: Sri Pahang FC sudah mengenal pasti kuota dua pemain import untuk untuk diserap dalam skuad itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, ketika ini, perbincangan muktamad sedang dilakukan kedua-dua pihak.

Katanya, berdasarkan perancangan, dua import itu membabitkan posisi penyerang dan pertahanan.

"Apa yang boleh saya katakan ialah pemain serangan itu dari Asia Tenggara manakala pemain pertahanan pula dari Asia yang memiliki pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa.

"Sebaik dipersetujui, Sri Pahang lengkap dengan kuota lima import yang diyakini membantu memperkasakan pasukan sepanjang musim ini," katanya.

Tiga pemain import yang sudah diikat Sri Pahang ialah Sergio Aguero, Lee Tuck dan Herold Goulon yang masing-masing beraksi di posisi serangan, tengah dan pertahanan.

Musim ini menyaksikan Sri Pahang mempertaruhkan jurulatih import dari Jerman, Thomas Dooley untuk melatih skuad berkenaan.

Kali terakhir Pahang mendapatkan khidmat jurulatih dari luar negara ialah pada 2014 yang ketika itu dibimbing Ronald Smith.

Bagaimanapun, Smith hanya mengendali skuad Tok Gajah itu selama empat bulan sebelum diambil alih Zainal Abidin Hassan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2021 @ 3:17 PM