PEMAIN United kecewa meninggalkan padang selepas kalah 1-2 kepada Sheffield. FOTO EPA
PEMAIN United kecewa meninggalkan padang selepas kalah 1-2 kepada Sheffield. FOTO EPA
AFP

London: Harapan Manchester United untuk merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) sedikit terjejas selepas kalah 1-2 kepada pasukan tangga terbawah, Sheffield United awal pagi tadi.

Keputusan mengejutkan di Old Trafford itu menyaksikan Manchester City kekal di tangga teratas dengan kelebihan satu mata dan meningkatkan keyakinan mereka menjadi pasukan pilihan untuk muncul juara liga buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun.

Sementara itu, permulaan era Thomas Tuchel di Chelsea bermula dengan keputusan seri tanpa jaringan ketika berdepan Wolves.

Pertembungan di antara Everton dan Leicester City juga berakhir dengan keputusan seri 1-1, manakala Burnley berjaya mengalahkan Aston Villa 3-2.

Brighton juga terikat tanpa jaringan ketika menentang Fulham.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2021 @ 7:20 AM