Sergio Ramos. FOTO File Agensi
Sergio Ramos. FOTO File Agensi
Agensi

Madrid: Sergio Ramos, 34, dilaporkan semakin hampir untuk meninggalkan Real Madrid sebagai pemain bebas ketika perbincangan mengenai kontrak baharu bersama gergasi La Liga itu menemui jalan buntu.

Pertahanan legenda kelab yang memasuki musim ke-16 di Bernabeu, akan tamat kontrak pada musim panas ini dan dipercayai menjadi sasaran Paris Saint-Germain.

Madrid berharap dapat memujuk Ramos untuk kekal di bandar Sepanyol itu, namun Diario AS mendakwa rundingan membabitkan kontraknya tidak berjaya.

Difahamkan, ketika Los Blancos bersedia melanggar protokol mereka dengan menawarkan kontrak lanjutan setahun kepada pemain yang berusia seperti Ramos, selain tidak rela untuk memenuhi tuntutan gaji tinggi pemain pertahanan tengah itu.

Ramos menjadi pemain bebas berdasarkan syarat persetujuan pra kontrak dengan kelab antarabangsa sejak 1 Januari tetapi dia dikatakan masih belum mengadakan perbincangan dengan mana-mana pasukan lain setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2021 @ 8:08 PM