PELUMBA Ineos, Geoghegan Hart (depan) memecut untuk mengatasi Hindley (belakang) bagi meraih kejuaraan peringkat ke-20 Giro d’Italia. - FOTO AFP
PELUMBA Ineos, Geoghegan Hart (depan) memecut untuk mengatasi Hindley (belakang) bagi meraih kejuaraan peringkat ke-20 Giro d’Italia. - FOTO AFP

Sestriere: Pelumba Britain, Tao Geoghegan Hart memenangi peringkat ke-20 Giro d'Italia, manakala pendahulu keseluruhan berpindah kepada Jai Hindley menjelang aksi penamat ujian masa esok.

Hindley dan Geoghegan Hart akan bersaing sesama sendiri esok untuk merebut jersi pink selaku juara keseluruhan dalam saingan ujian masa 15.7 kilometer di Milan.

Walaupun Hindley berjaya merampas jersi berkenaan daripada rakan sepasukan Sunweb, Wilco Kelderman, Geoghegan Hart, yang meraih mata bonus selepas muncul juara perlumbaan, akan beraksi di peringkat terakhir sebagai pelumba pilihan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 12:01 AM