GEOGHEGAN Hart terpaksa menunggu pada peringkat terakhir untuk mengesahkan juara keseluruhan Giro d’Italia 2020. FOTO AFP
GEOGHEGAN Hart terpaksa menunggu pada peringkat terakhir untuk mengesahkan juara keseluruhan Giro d’Italia 2020. FOTO AFP
AFP

Milan: Pelumba Britain, Tao Geoghegan Hart daripada pasukan Team Ineos muncul juara Giro d'Italia selepas mengatasi pencabar terdekat dari Australia, Jai Hindley selepas pada peringkat terakhir.

Geoghegan Hart mencatatkan masa sama dengan Hindley sebelum menuju ke peringkat ke-21 sebelum ini namun dia berjaya mengatasi 38 saat di depan pelumba Team Sunweb itu.

"Ia mengambil masa yang lama untuk mengetepikannya. Dia sentiasa mendekatkan jarak dengan saya hanya beberapa saat dan saya sedar bahawa tidak boleh mengambil sebarang risiko.

"Ia sangat luar biasa untuk tiba di sini di depan Duomo," kata Geoghegan Hart.

Geoghegan Hart memenangi perlumbaan peringkat ke-20 semalam, mengetepikan Hindley, dengan buat pertama kali dalam saingan Grand Tour dua pelumba perlu bersaing sesama sendiri merebut juara keseluruhan melalui aksi ujian masa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2020 @ 12:24 AM