ARYNA berjaya mengetepikan Victoria dalam perlawanan akhir Terbuka Ostrava. FOTO AFP
ARYNA berjaya mengetepikan Victoria dalam perlawanan akhir Terbuka Ostrava. FOTO AFP
AFP

Prague: Pilihan ketiga, Aryna Sabalenka dari Belarus muncul juara Terbuka Ostrava selepas mengalahkan rakan senegara, Victoria Azarenka straight set.

Aryna yang juga pemain ke-12 dunia mengambil masa satu jam lapan minit bagi mengatasi lawannya, 6-2, 6-2.

Ia adalah kejuaraan kedua Aryna tahun ini selepas muncul juara di Terbuka Qatar Februari lalu sebelum pandemik Covid-19 mengganggu kalendar tenis dunia.

Ini juga adalah kali pertama pertemuan antara dua pemain dari Belarus di dalam sirkit berkenaan yang menyajikan aksi melawan sejak dari awal saingan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2020 @ 12:42 AM