Rafael Nadal. FOTO AFP
Rafael Nadal. FOTO AFP
AFP

Paris: Kejohanan Paris Masters akan berlangsung mengikut jadual bermula minggu depan tetapi dalam keadaan tertutup dengan beberapa syarat ketat perlu dipatuhi bagi membendung penularan Covid-19 perkara itu disahkan penganjur.

"Susulan pengumuman terbaru oleh kerajaan dan perintah berkurung yang dilaksanakan dari 30 Oktober, Masters 1000, yang dijadualkan berlangsung dari 31 Oktober hingga 3 November di Accor Arena terpaksa di dijalankan secara tertutup," menurut kenyataan penganjur kejohanan.

Paris Masters berlangsung di Arena Bercy yang mempunyai 20,000 tempat duduk menawarkan keseluruhan hadiah wang tunai 4.3 juta Euro.

Pemain nombor dua dunia, Rafael Nadal, yang memenangi Terbuka Perancis sebanyak 13 kali di Roland Garros, Paris dua minggu lalu adalah pilihan utama pada kejohanan itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2020 @ 10:18 PM