RAHM mengakui saingan menjadi semakin menarik selepas berkongsi tempat teratas bersama empat lagi pemain. FOTO Agensi
RAHM mengakui saingan menjadi semakin menarik selepas berkongsi tempat teratas bersama empat lagi pemain. FOTO Agensi
AFP

Augusta: John Rahm berkongsi kedudukan pendahulu, manakala Tiger Woods mula mendapat rentak terbaik ketika berakhir saingan pusingan kedua Masters sebentar tadi.

Rahm yang menduduki ranking kedua dunia bebas daripada sebarang bogey dan mencatat enam di bawah par 66 untuk menyertai pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson bersama tiga lagi pemain lain dengan kesemuanya melakukan sembilan di bawah par 135.

"Saingan hujung minggu ini akan menjadikan aksi yang sangat berbaloi untuk ditonton selepas lapangan berada dalam keadaan baik dan kedudukan keseluruhan pemain sangat menarik," kata Rahm.

Turut berada dalam kelompok pendahulu kejohanan ialah pemain Mexico, Abraham Ancer, Justin Thomas dan wakil Australia berkedudukan ke-45 dunia, Cameron Smith.

Sementara itu, penyandang juara, Tiger Woods melengkapkan permainan dengan ketinggalan empat pukulan di belakang pendahulu.

Dia mengakui bahawa permukaan lapangan dilihat semakin sempurna dan membolehkan pemain mengurangkan jumlah pukulan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 November 2020 @ 12:15 AM