TYSON (kanan) bakal bertemu Jones di Los Angeles esok. FOTO AFP
TYSON (kanan) bakal bertemu Jones di Los Angeles esok. FOTO AFP
Agensi

Los Angeles: Mike Tyson dijangka akan memperoleh sekitar £7.5 juta (RM40.8 juta) apabila kembali beraksi menentang Roy Jones Jr pada perlawanan pertunjukan kategori heavyweight esok.

Bagaimanapun legenda tinju itu menegaskan akan mendermakan kesemua ganjaran itu kepada kerja-kerja kebajikan.

"Ia akan membabitkan pelbagai kerja-kerja kebajikan. Tiada siapa yang perlu berasa bimbang saya akan menjadi kaya atau iri hati kepada saya.

"Atau mungkin ada yang berkata saya kembali semula hanya kerana wang.

"Saya tidak akan mendapat apa-apa. Saya berasa seronok melakukan perkara ini kerana saya mampu melakukannya," katanya kepada TMZ Sports baru-baru ini.

Digelar petinju terbaik sepanjang zaman, Tyson pernah mengumpul kekayaan beratus juta dollar sepanjang kariernya namun dia kemudian kehilangan semua kekayaan itu.

Forbes pernah merekodkan jumlah keseluruhan kekayaan sepanjang kariernya adalah sekitar £475 juta (RM2.58 bilion).

Bagaimanapun pada 2020, dilaporkan harta milik Tyson susut kepada £2.2 juta (RM11.9 juta).

Ketika era kegemilangannya, Tyson bersikap boros menghabiskan wangnya dengan membeli kediaman dan kereta mewah serta pernah membela harimau.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 12:51 PM