Aksi Andy Murray ketika menyertai kejohanan. FOTO AFP
Aksi Andy Murray ketika menyertai kejohanan. FOTO AFP
Agensi

London: Andy Murray berpendapat pemain tenis sepatutnya diwajibkan untuk mengambil vaksin Covid-19 sebelum dibenarkan untuk meneruskan saingan di jelajah.

Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dipetik berkata pada April lalu dia tidak mahu memaksa pemain untuk mengambil vaksin sebagai syarat untuk melakukan perjalanan.

Tetapi Murray berharap pemain akan melakukan perkara yang baik demi sukan itu iaitu dengan bersetuju dengan segala syarat ditetapkan untuk keselamatan bersama.

"Saya yakin pemain akan mematuhinya jika pelaksanaannya akan menjadi rutin ketika penganjuran jelajah." kata pemain Britain berusia 33 tahun itu.

"Saya rasa kita tidak akan mengetahui potensi kesan jangka panjang dalam tempoh terdekat ini. Namun apa yang saya dengar di televisyen dan menerusi berita ia sepatutnya tidak akan mendatangkan sebarang kesan jangka panjang."

Djokovic yang diuji positif Covid-19 pada Jun lalu, mengakui dia mungkin sukar mempertimbangkan langkah mengambil vaksin sebagai syarat untuk menyertai kejohanan.

"Jika ia perkara yang harus dilakukan baginya untuk bermain sukan, dia harus lakukan," kata Murray.

"Saya fikir kita harus tunggu dan lihat apa yang akan ditentukan oleh ATP dan ITF.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2020 @ 8:13 PM