GRILLO masih mendahului pada hari ketiga Klasik Mayakoba. FOTO AFP
GRILLO masih mendahului pada hari ketiga Klasik Mayakoba. FOTO AFP
AFP

Mexico City: Pemain golf Argentina, Emiliano Grillo mengungguli dengan satu pukulan untuk mendahului hari ketiga Klasik Mayakoba PGA Amerika Syarikat (AS), manakala pemain Amerika Syarikat, Justin Thomas, Adam Long dan Tom Hoge bersama wakil Norway, Viktor Hovland mengekori rapat dari belakang.

Grillo, yang memulakan saingan dengan kelebihan empat pukulan, melakukan tiga di bawah par 68 untuk mengumpul 16 di bawah 97 di Playa del Carmen, Mexico.

"Ia sesuatu yang positif untuk memulakan saingan dengan mendahului kejohanan, sebelum menamatkannya juga masih mendahului. Sekali lagi saya perlu melakukannya. Itu perancangan untuk esok, menamatkan saingan dengan mendahului," kata Grillo.

Hoge pula sedang memburu kejuaraan PGA sulung, dengan membenam lima birdie pada enam lubang terakhir bagi membolehkannya menduduki tangga kedua selepas mengumpul 198 pukulan, manakala Hovland menyamai pukulan terendah dalam kariernya iaitu 63 di bawa 199.

"Saya cuba untuk memberikan aksi terbaik, yakin dalam melakukan hayunan dan menyempurnakan putt pada semua lubang. Ada beberapa pukulan yang menjadi akhirnya," kata Hoge.

Long yang berada di kedudukan keempat selepas mengumpul 200 pukulan keseluruhan da Thomas, juara Championship PGA 2017, bebas tanpa sebarang bogey bagi berkongsi kedudukan kelima bersama Patrick Rodgers.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2020 @ 3:05 PM