PSM tidak bercadang minta kebenaran kehadiran penonton ke stadium. FOTO FB STL
PSM tidak bercadang minta kebenaran kehadiran penonton ke stadium. FOTO FB STL
Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) tidak bercadang mahukan meminta kebenaran daripada kerajaan supaya membenarkan sejumlah penonton memasuki venue pada perlawanan Liga Sepak Takraw (STL).

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, ketika ini tiada keperluan untuk penonton membanjiri venue sepak takraw walaupun dilihat terdapat permintaan daripada pihak tertentu.

Beliau berkata, tayangan secara langsung membabitkan stesen televisyen swasta dan atas talian sudah mencukupi kepada peminat sukan tradisi berkenaan untuk melepaskan kerinduan.

"Saya ada menerima cadangan supaya memohon kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya penonton dibenarkan memasuki venue pada perlawanan STL.

"Namun, selepas mengadakan perbincangan bersama, saya berpendapat perkara terbabit tiada keperluan selain mahu mengelak tercetusnya penularan Covid-19.

"Walaupun, tiada penonton, kehangatan STL tetap dirasai malah pemain juga mempamerkan aksi memuaskan sepanjangan saingan liga berlangsung," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Selain itu, beliau berkata, jumlah tontonan STL menerusi stesen televisyen swasta dan atas talian merekodkan jutaan tontonan sekali gus menyaksikan orang ramai turut memanfaatkan platform terbabit untuk mengikuti perkembangan sukan sepak takraw.

"Jumlah tontonan yang tinggi adalah petanda positif terutama dapat menarik minat penaja pasukan pada masa akan datang," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Disember 2020 @ 7:15 PM