ARYNA semakin yakin untuk beraksi cemerlang di Terbuka Australia selepas juara di Abu Dhabi. FOTO Ihsan WTA
ARYNA semakin yakin untuk beraksi cemerlang di Terbuka Australia selepas juara di Abu Dhabi. FOTO Ihsan WTA
AFP

Abu Dhabi: Aryna Sabalenka memperoleh keyakinan untuk beraksi di Terbuka Australia bulan dengan selepas meraih kejuaraan ketiga berturut-turut dengan mengalahkan Veronika Kudermetova 6-2, 6-2 di Terbuka Abu Dhabi.

Pemain berusia 22 tahun dari Belarus itu berada pada prestasi terbaik buat di Jelajah WTA dan bersedia untuk mengukir kemenangan dari pentas kecil ke kejohanan utama, selepas dia hanya mara setakat di pusingan keempat.

Aryna meraih trofi kesembilan dan akan melonjak ke ranking paling tinggi dalam kariernya iaitu di tempat ketujuh dunia apabila kedudukan baru dikeluarkan minggu depan.

"Saya datang ke sini untuk bermain beberapa perlawanan selepas sebulan melakukan persiapan. Saya beraksi enam perlawanan dan ia sangat penting.

"Saya gembira mampu beraksi dalam tempoh yang panjang dan memenangi kejuaraan ini.

"Saya akan ke Australia, dengan penuh keyakinan sebab sudah melakukan segala-galanya untuk memenangi perlawanan," katanya.

Aryna, menamatkan musim 2020 dengan meraih dua kejuaraan berturut-turut di Ostrava dan Linz

Dia sekarang mempunyai hampir tiga minggu sebelum memulakan aksi Terbuka Australia yang bermula 8 Februari, tatkala dia diletakkan sebagai salah seorang pemain tumpuan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2021 @ 11:38 PM