Brianna McNeal. FOTO Agensi
Brianna McNeal. FOTO Agensi
Agensi

London: Juara 100 meter lari berpagar Olimpik, Brianna McNeal digantung sementara dari arena olahraga kerana didapati melanggar syarat anti-doping.

Atlet Amerika itu didakwa "mengganggu proses pengurusan hasil," menurut Unit Integriti Olahraga.

Brianna, 29, memenangi pingat emas di Olimpik Rio 2016 dan juga juara dunia tiga tahun sebelum itu.

Dia terlepas aksi Kejohanan Dunia 2017 ketika menjalani hukuman penggantungan setahun kerana menghilangkan diri dalam tiga ujian dadah.

Mengganggu atau cuba melakukan gangguan pada bahagian kawalan doping akan dikenakan penggantungan sehingga empat tahun jika terbukti bersalah.

Ketika Brianna menjalani hukuman penggantungan bagi kesalahan sebelum ini, jika didapati bersalah dia mungkin berdepan penggantungan sehingga lapan tahun.

Dia tidak dibenarkan bersaing daripada acara 100m lari berpagar pada Kejohanan Dunia 2019 di Doha selepas permulaan yang dibatalkan pada sesi kelayakan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 12:05 PM