X
SELAIN dilanggar penunggang motosikal, pasukan berkenaan turut dirempuh sebuah kereta ketika berlatih. FOTO Agensi
SELAIN dilanggar penunggang motosikal, pasukan berkenaan turut dirempuh sebuah kereta ketika berlatih. FOTO Agensi
AFP

Paris: Jaguh berbasikal Belanda, Wilco Kelderman adalah antara mangsa yang mengalami kecederaan teruk selepas tujuh pelumba dari pasukan German Bora dilanggar penunggang motosikal ketika mereka sedang menjalani latihan.

Menurut pasukan berkenaan, tiga pelumba dikejarkan ke hospital termasuk Andreas Schillinger dan pendatang baru, Kelderman, yang menduduki tempat ketiga di Giro d'Italia 2020 selepas kedua-duanya mengalami retak tulang belakang.

"Beberapa pelumba lagi terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta, yang melintas jalan dan merempuh mereka.

"Wilco mengalami gegaran otak dan retak tulang belakang. Andreas pula mengalami keretakan tulang belakang di bahagian cervical dan thoracic.

KELDERMAN antara pelumba yang mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan berkenaan. FOTO Agensi
KELDERMAN antara pelumba yang mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan berkenaan. FOTO Agensi

"Bagi kedua-dua pelumba berkenaan kami berharap mereka diberikan rawatan konservatif," kata pasukan berkenaan.

Rudiger Selig, Marcus Burghardt, Anton Palzer, Maximilian Schachmann dan Michael Schwarzmann adalah antara pelumba lain yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuh kereta.

Kelderman pada satu ketika mendahului perlumbaan Giro 2020, dengan menyarung jersi pink di peringkat ke-20 sebelum ia dirampas Jai Hindley dari Australia dan akhir sekali ia menjadi milik pelumba Britain, Tao Geoghegan Hart.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2021 @ 11:40 PM