CUEVAS menggunakan tilam di dalam bilik hotelnya sebagai alat bantuan latihan. FOTO Agensi
CUEVAS menggunakan tilam di dalam bilik hotelnya sebagai alat bantuan latihan. FOTO Agensi
AFP

Melbourne: Daripada rungutan di media sosial hinggalah kepada berlatih menggunakan tilam itu antara yang dilakukan oleh puluhan bintang tenis dunia di hotel Australia tatkala mereka perlu menjalani kuarantin selama dua minggu.

Terbuka Australia di Melbourne ditangguhkan selama tiga minggu sehingga 8 Februari kerana pandemik Covid-19 dan berdepan pula dengan masalah baru minggu ini.

Terdapat kes positif Covid-19 membabitkan tiga daripada 17 pesawat yang disewa khas untuk membawa 72 pemain yang sekarang ini perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

Pemain lain dibenarkan untuk keluar tapi hanya lima jam sehari bagi berlatih di gelembung kejohanan itu.

Ini bermakna pemain perlu berdepan beberapa masalah baru dan perlu mencari jalan kreatif untuk tetap nampak sibuk dan berada dalam keadaan terbaik bagi tempoh dua minggu.

Pemain nombor 12 dunia, Belinda Bencic mendedahkan corak latihan barunya ketika kuarantin, selepas memuat naik video dia berlatih melakukan pukulan kilas menggunakan kedua-dua belah tangan ke arah tingkap bilik.

"Ia bukan permukaan yang sebenar namun ia tidak mendatangkan masalah buat saya," katanya di Twitter.

Bintang tenis Uruguay, Pablo Cuevas, berlatih dengan menegakkan tilam ke dinding dan memukul bola ke arah tilam berkenaan.

Ada beberapa pemain mula merungut dengan makanan yang disediakan pihak hotel.

Dengan harga yang terlalu mahal mereka terpaksa melupakan mengenai penjagaan makanan dengan memesan makanan segera.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2021 @ 9:20 PM