NADAL sekarang ini cuba untuk memecahkan rekod Federer 931 minggu di kelompok 10 terbaik dunia. FOTO AFP
NADAL sekarang ini cuba untuk memecahkan rekod Federer 931 minggu di kelompok 10 terbaik dunia. FOTO AFP
AFP

Paris: Rafael Nadal menjadi pemain pertama berada dalam kelompok 10 terbaik ATP buat 800 minggu berturut-turut persamaan dengan lebih daripada 15 tahun.

Pemain nombor dua dunia itu memecahkan rekod Jimmy Connors November lalu yang berada 789 minggu berturut-turut dalam 10 kelompok terbaik.

Bintang Sepanyol itu kali pertama berada dalam kelompok 10 terbaik pada April 2005, beberapa hari sebelum memenangi kejuaraan pertama Terbuka Perancis.

Pemain berusia 34 tahun itu masih lagi kurang dua tahun setengah untuk menyamai rekod Roger Federer menduduki kelompok 10 terbaik dunia selama 931 minggu.

Tidak ada sebarang perubahan kedudukan teratas tatkala pemain sedang mempersiapkan diri untuk Terbuka Australia bulan depan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2021 @ 11:27 PM