WANG Qiang dijadualkan bermain di Terbuka Australia tahun ini. FOTO AFP
WANG Qiang dijadualkan bermain di Terbuka Australia tahun ini. FOTO AFP
AFP

Shanghai: Badan induk tenis China melarang pemain mereka untuk beraksi di luar negara selepas pemain remaja, Wang Xiyu gagal beraksi di Terbuka Australia selepas diuji positif Covid-19.

Pemain nombor 118 dunia itu mendapat wildcard beraksi di Melbourne, namun tidak dapat beraksi kerana disahkan positif Covid-19 ketika berada di Abu Dhabar sebelum bertolak ke Australia.

Pemain berusia 19 tahun itu yang juga bekas juara remaja Terbuka Amerika Syarikat (AS) berkata dalam satu kenyataan Ahad lalu bahawa dia tidak mempunyai sebarang simptom dan sentiasa melakukan kuarantin.

Persatuan Tenis China memberi respons dengan memberitahu semua pemain yang berpangkalan di luar negara akan kembali ke China secepat mungkin selepas beraksi dan elak untuk berada di negara lain.

"Bagi pemain yang masih berada di China tapi berhasrat untuk ke luar negara, mereka harus memahami risikonya, membuat pilihan tepat dan membatalkan hasrat untuk beraksi seboleh mungkin," kata badan induk berkenaan.

Wang Qiang yang menduduki ranking ke-34 dunia mengetepikan Serena Williams tahun lalu di Melbourne dan di antara pemain China bakal mengambil bahagian di Terbuka Australia tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2021 @ 11:56 PM