Pemain tenis dari Brazil, Marcelo Melo berjalan pulang ke hotel selepas selesai menjalani latihan di Melbourne. FOTO AFP
Pemain tenis dari Brazil, Marcelo Melo berjalan pulang ke hotel selepas selesai menjalani latihan di Melbourne. FOTO AFP
AFP

Melbourne: Dua lagi pemain Terbuka Australia diuji positif Covid-19 semalam menjadikan ia adalah kes ke 10 membabitkan kejohanan tenis itu.

Persiapan bagi Grand Slam pertama tahun ini di Melbourne menerima tamparan hebat - kejohanan yang sudahpun dilanjutkan kepada tiga minggu berikutan pandemik.

Beberapa jangkitan dikesan oleh pihak berkuasa Australia memaksa 72 pemain menjalani pengasingan kendiri di bilik hotel mereka dalam tempoh dua minggu.

Menteri Polis Victoria, Lisa Neville berkata sejumlah empat individu lagi yang mempunyai kaitan dengan kejohanan itu diuji positif sejak Selasa.

"Salah seorang daripada mereka adalah pemain yang sememangnya menjalani kuarantin kerana dia datang dalam salah satu penerbangan yang dikesan positif," katanya.

"Seorang lagi pemain lain, dan seorang lagi pembantu kepada pemain terbabit."

Lebih dari 1,000 pemain dan kakitangan tiba di Australia dengan 17 pesawat khas minggu lalu, dengan kes pertama di kesan menerusi penerbangan itu.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2021 @ 11:59 AM