HAMILTON berjaya mengatasi rekod Michael Schumacher apabila meraih kejuaraan ke-92 dalam perlumbaan Formula Satu (F1). FOTO AFP
HAMILTON berjaya mengatasi rekod Michael Schumacher apabila meraih kejuaraan ke-92 dalam perlumbaan Formula Satu (F1). FOTO AFP
AFP

Portimao, Portugal: Lewis Hamilton berkata dia bagaikan berada dalam mimpi hari ini, selepas berjaya meraih kejuaraan ke-92 dalam perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Portugal dan menjadi pemegang rekod sepanjang zaman F1.

Kejayaan itu menyaksikan Hamilton mengatasi rekod juara dunia tujuh kali Michael Schumacher yang berusia 16 tahun dengan rekod 91 kemenangan dan memimpin perlumbaan dengan kelebihan 77 mata mengatasi rakan pasukan Mercedes, Valtteri Bottas yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Dengan saingan berbaki lima perlumbaan sebelum ditamatkan berikutan wabak Covid-19, Hamilton akan dijangka akan menyamai rekod tujuh kejuaraan dunia dan melebarkan jarak dengan pencapaian 100 kedudukan petak utama.

"Saya hanya bermimpi untuk berada di tempat saya hari ini," katanya selepas perlumbaan dan berpeluk dengan ayahnya Anthony yang menguruskan karier awalnya.

"Saya tidak mempunyai bola ajaib ketika memilih untuk datang ke sini (Mercedes) - dan semua yang pernah kami lakukan adalah memanfaatkannya setiap hari. Kita semua bergerak ke arah yang sama.

"Saya mempunyai ayah yang sangat luar biasa dan ibu tiri, Linda dan Roscoe (anjing) – jadi ini adalah hari yang sangat istimewa dan tidak akan dilupakan.

Selepas perlumbaan Hamilton berkata: "Saya benar-benar berhutang kepada semua yang bekerjasama dalam pasukan, terus berinovasi dan memberi yang terbaik di peringkat tertinggi setiap tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2020 @ 1:37 PM