OLIVEIRA merangkul trofi kedua MotoGP musim ini. FOTO AFP
OLIVEIRA merangkul trofi kedua MotoGP musim ini. FOTO AFP
AFP

Portimao: Miguel Oliveira menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri dengan memenangi perlumbaan terakhir MotoGP musim ini di Portugal sebentar tadi.

Oliveira meneruskan rentak cemerlang dengan memenangi perlumbaan buat kali pertama di Styria Ogos lalu dengan merangkul kejuaraan kedua di Portimao dalam perlumbaan pertamanya bagi kelas tertinggi di negara kelahirannya.

Jack Miller mendudukit tempat kedua untuk memastikan Ducati meraih kejuaraan keseluruhan kategori pengeluar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2020 @ 11:21 PM