PERLUMBAAN di Bahrain dikejutkan dengan Wheatley disahkan positif Covid-19. FOTO Agensi
PERLUMBAAN di Bahrain dikejutkan dengan Wheatley disahkan positif Covid-19. FOTO Agensi
AFP

Manama: Pengarah Sukan Red Bull, Jonathan Wheatley terlepas saingan Grand Prix (GP) Bahrain selepas diuji positif Covid-19.

Keputusan berkenaan menyaksikan Wheatley perlu melakukan kuarantin selama 10 hari berdasarkan peraturan kesihatan yang ditetapkan.

"Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Formula Satu (F1) dan Aston Martin Red Bull boleh mengesahkan ketika ujian wajib praperlumbaan bagi GP Bahrain, Pengarah Sukan, Jonathan Wheatley disahkan positif Covid-19," kata FIA dalam satu kenyataan.

FIA berkata, Wheatley akan melakukan kuarantin selama 10 hari dan tidak boleh menghadiri perlumbaan GP Bahrain, manakala tidak ada staf lain dalam pasukan berkenaan disahkan positif.

Bagaimanapun, Wheatley yang dijangka terlepas kedua-dua perlumbaan di Bahrain termasuk GP Sakhir minggu depan akan kembali semula untuk saingan penutup di Abu Dhabi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2020 @ 9:38 PM