HAMILTON sudah mengesahkan kejuaraan dunia buat kali ketujuh. FOTO AFP
HAMILTON sudah mengesahkan kejuaraan dunia buat kali ketujuh. FOTO AFP
Agensi

London: Lewis Hamilton berkata, dia berpeluang untuk menerima pengiktirafan yang membawa kepada gelaran Sir Lewis.

Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali itu mengetuai senarai untuk menerima pengiktirafan dari Ratu England sempena tahun baru.

Pelumba berusia 35 tahun itu ditanya apakah makna anugerah itu kepadanya dan adakah dia akan menerimanya menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain minggu ini.

"Saya sama sekali tidak akan menolak pengiktirafan yang diberikan keluarga Raja. Saya membesar di UK dan menghormati mereka.

"Ia sangat menakjubkan apabila mendengar nama anda dipanggil di House of Lords, House of Commonds atau di parlimen kerana anda melihat peristiwa itu ketika membesar.

"Dengan pelbagai perkara berlaku di dunia ketika ini, masih ada pengiktirafan yang akan diberikan kepada saya hasil kerja keras selama ini.

"Setahu saya banyak yang memperkatakan mengenainya dan saya tidak mahu terlalu memikirkannya. Tetapi ia akan menjadi pengiktirafan yang sangat luar biasa.

"Tiada pengiktirafan yang lebih besar yang diberikan negara kepada anda selain pengiktirafan itu."

Hamilton sedang melakukan persediaan untuk perlumbaan minggu ini di Bahrain iaitu yang pertama daripada tiga pusingan perlumbaan di Timur Tengah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 10:58 AM