Mick Schumacher. FOTO Agensi
Mick Schumacher. FOTO Agensi
Agensi

London: Mick Schumacher berada di landasan tepat untuk menjuarai kejuaraan Formula Dua (F2) selepas melebarkan penguasaan ke atas pencabar dari Britain, Callum Ilott.

Schumacher, anak kepada juara dunia F1 tujuh kali Michael Schumacher meneruskan aksi bagi musim final minggu depan di Bahrain dengan 14 mata mendahului Ilott.

Schumacher hanya berada di tempat ketujuh pada perlumbaan pecut di Bahrain semalam.

Namun IIlott gagal memperoleh mata selepas berlanggar dengan Louis Deletraz.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2020 @ 9:55 PM