Nikita Mazepin. FOTO Agensi
Nikita Mazepin. FOTO Agensi
Agensi

Bahrain : Pelumba Rusia, Nikita Mazepin akan melakukan penampilan pertama di perlumbaan Formula Satu (F1) untuk pasukan Haas musim depan.

Mazepin, 21, berada di tempat ketiga Formula Dua dengan berbaki dua perlumbaan, sudah menandatangani "perjanjian dua tahun" menurut pasukan itu.

Haas tidak menamatkan seorang lagi pemandunya, tetapi Mick Schumacher yang juga anak kepada juara F1, Michael Schumacher adalah calon pilihan.

Prinsipal pasukan Gunther Steiner berkata: "Nikita meletakkan kelayakannya dalam F2 tahun ini, dengan dua kemenangan dan beberapa kali mendaki podium dalam musim yang mencabar."

Mazepin menambah: "Menjadi pelumba Formula Satu adalah impian sepanjang hayat saya yang menjadi kenyataan. Saya sangat berbesar hati kepada kepercayaan yang diberikan kepada saya oleh [pemilik pasukan] Gene Haas, Gunther Steiner, dan keseluruhan pasukan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 8:05 PM