RUSSELL akan menggantikan Hamilton. FOTO AFP
RUSSELL akan menggantikan Hamilton. FOTO AFP
AFP

Sakhir: Pemandu Williams, George Russell akan menggantikan juara dunia, Lewis Hamilton pada Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Bahrain, umum Mercedes hari ini selepas pemandu utama mereka itu disahkan positif Covid-19.

Pemandu simpanan Williams, Jack Aitken pula akan menggantikan Russell pada minggu ini untuk menyertai rakan sepasukan di pasukan itu, Nicholas Latifi.

"Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di Williams kerana memberi peluang ini.

"Saya mungkin akan memakai sut yang berbeza tetapi saya adalah pemandu Williams dan akan terus memberi sokongan kepada pasukan ini," katanya.

Russell muncul pemandu ketiga Britain beraksi bersama Mercedes di saingan F1 selepas Stirling Moss dan Lewis Hamilton.

"Terima kasih kepada Mercedes kerana memberikan kepercayaan kepada saya.

"Tiada siapa yang mampu menggantikan Lewis tetapi saya akan memberikan segala-galanya sebaik sahaja memandu jentera itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2020 @ 10:00 PM