Grosjean bersama topi keledar dengan corak yang ditulis tiga anaknya. FOTO Agensi
Grosjean bersama topi keledar dengan corak yang ditulis tiga anaknya. FOTO Agensi
Agensi

Abu Dhabi: Romain Grosjean mendedahkan anaknya melukis corak khas di topi keledar untuk dipakai ketika Grand Prix Abu Dhabi sebelum kemalangan dramatik di Bahrain bulan lalu yang memaksa dia tersisih daripada perlumbaan penghujung musim itu.

Pelumba Haas mengambil gambar topi keledar dengan corak yang di lakar oleh anak lelakinya, Sacha dan Simon serta perempuan, Camille dan memuat naik di akaun Twitter dan Instagram.

Grosjean memuat naik beberapa gambar di Twitter.
Grosjean memuat naik beberapa gambar di Twitter.

Dia menyifatkan topi keledar itu sebagai 'antara tercantik yang sukar dibayangkannya.'

Ia turut menarik perhatian rakan sepasukannya, Kevin Magnussen dengan warga Denmark itu berkata: 'Ia sangat cantik.'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2020 @ 2:54 PM