MAYA menjadi pelumba wanita pertama menyertai akademi Ferrari. FOTO Agensi
MAYA menjadi pelumba wanita pertama menyertai akademi Ferrari. FOTO Agensi
AFP

Paris: Ferrari menandatangani pelumba berusia 16 tahun, Maya Weug, iaitu pemandu wanita pertama menyertai akademi mereka yang melahirkan jagoan Formula Satu (F1) seperti Charles Leclerc.

Maya, yang lahir dan dibesarkan di Sepanyol, akan beraksi dalam perlumbaan Formula Empat (F4) tahun ini bersama akademi yang turut melahirkan pelumba baru F1, Mick Schumacher.

Pelumba remaja kacukan Belanda dan Belgium itu mula terbabit dalam perlumbaan dengan berkongsi jentera kart terpakai dengan adiknya sejak berusia tujuh tahun.

Walaupun beberapa pelumba wanita sudah berusaha untuk melayakkan diri beraksi di Grand Prix (GP) F1 namun kali terakhir yang berjaya melakukannya ialah Lella Lombardi pada 1976.

Antara pelumba ujian dan pembangunan wanita dalam pasukan F1 ialah Susie Wolff iaitu isteri kepada prinsipal Mercedes, Toto Wolff.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 9:38 AM