X
PROF Shukri  bersama penerima anugerah khas pada Majlis Konvokesyen MSU ke-21.
PROF Shukri bersama penerima anugerah khas pada Majlis Konvokesyen MSU ke-21.
Faliq Lajim


Penawaran program pengajian untuk melahirkan modal insan berkualiti dan memenuhi keperluan global menjadikan Management & Science University (MSU) antara universiti terbaik di Malaysia.

Presiden MSU Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, sepanjang lebih tiga dekad, MSU memperoleh pelbagai pengiktirafan sama ada dari dalam mahupun luar negara.

“Kementerian Pendidikan Tinggi mengiktiraf MSU sebagai ‘The Most Entrepreneurial Private University’, ‘BrandLaureate Best Brand in Education for Leadership and Human Capital Development’ dan mendapat penarafan lima bintang dalam QS 2016 bagi pengajaran, kebolehpasaran, kemudahan, tanggungjawab sosial dan inklusif.

“Malah kajian pengesanan graduan Kementerian Pengajian Tinggi turut menyaksikan tahap kebolehpasaran graduan MSU berada pada paras 98.6 peratus iaitu tertinggi dalam kalangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

“MSU turut mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan badan antarabangsa termasuk ‘Premier University Status’ oleh Accreditation Services for International Colleges (ASIC) dari United Kingdom, University Grants Commision dari Sri Lanka dan universiti pertama bukan dari Jepun mendapat pengiktirafan The Alliance on Business Education and Scholarship for Tomorrow (ABEST21), Jepun,” katanya.

Selain itu, katanya, MSU juga mendapat pengiktirafan daripada Sri Lanka Medical Council (SLMC), Maldives Medical and Dental Council (MMDC) dan Brunei Darussalam National Accreditation Council (BDNAC).

Sementara itu, Mohd Shukri berkata, fasa terkini pembangunan kampus MSU terdiri daripada MSU Medical Centre dan ‘MSU Hibiscus: The Residence’ pula bakal menyediakan kemudahan moden dan serba lengkap kepada warga MSU.

“Pembangunan ini melengkapi peranan MSU sebagai antara institusi pendidikan tinggi terbaik di Malaysia.

“MSU Medical Centre bakal menyediakan kemudahan latihan klinikal kepada penuntut perubatannya serta yang pertama dimiliki oleh universiti swasta di Malaysia.

“MSU Hibiscus: The Residence’ pula akan menyediakan kemudahan penginapan kepada penuntut MSU,” katanya

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Ogos 2017 @ 1:59 PM