FINALIS The Future Program 2019 bergambar kenangan. FOTO NSTP
FINALIS The Future Program 2019 bergambar kenangan. FOTO NSTP
Fazurawati Che Lah

SEPULUH pelajar universiti dari Malaysia dipilih untuk program MOE-Huawei Seeds bagi mengikuti The Future Program 2019 di China.

Logasshini Nilavezhilan, pelajar tahun akhir dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FCSIT), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) antara 10 finalis terbaik dari Malaysia yang akan ke China pada 28 Jun ini hingga 13 Julai depan bagi menyertai program berkenaan.

The Future Program 2019 adalah program utama Huawei yang dilaksanakan secara global dan memasuki tahun keenam melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Di China, pelajar akan menjalani latihan intensif berkaitan kesedaran budaya dan bahasa selama satu minggu di Beijing, diikuti dengan latihan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) selama seminggu di Huawei HQ yang terletak di Shenzhen.

LOGASSHINI (kanan) bersama Teo. FOTO NSTP
LOGASSHINI (kanan) bersama Teo. FOTO NSTP

Pelajar berpeluang mempelajari teknologi ICT terbaru dari Huawei yang mampu meningkatkan prospek kerjaya masa depan mereka dan pengetahuan umum pelajar.

Tahun ini, 30 peserta finalis terpilih daripada 1,912 pelajar dari 19 universiti yang menyertai Seeds Talks 2019, baru-baru ini.

Satu majlis ringkas dihadiri Timbalan Menteri Pelajaran, Teo Nie Ching diadakan di Putrajaya bagi meraikan peserta untuk penganugerahan sijil kepada finalis.

Selain Logasshini, pelajar Wong Jun Ta and Zul’ Aizat dari FCSIT UNIMAS turut tersenarai antara 30 finalis program berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2019 @ 9:52 AM