ZALMAN Aefendy (kiri) melancarkan pelan Internet baru Celcom First di Yellow Brick Road, semalam.
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Celcom Axiata Berhad menyasarkan peningkatan 30 peratus pelanggan pascabayarnya yang akan melanggan pelan baru Celcom First iaitu First Gold Supreme dan First Platinum Plus.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, pelan Celcom First dipertingkatkan bagi terus memberi keutamaan kepada pengalaman Internet pelanggan dan memenuhi keperluan digital mereka.

Katanya, menerusi First Gold Supreme dan First Platinum Plus, Celcom komited menawarkan Internet lebih 100GB setiap bulan.

“Lebih menarik, dengan pelan First Gold Supreme (RM128 bulanan) pelanggan ditawarkan 25GB Internet harian dan 25GB hujung minggu serta 25GB Video Walla secara percuma. Manakala First Platinum Plus (RM188 bulanan) pula, sebanyak 100GB Internet tanpa had dan 100GB bagi Video Walla.

“Semua pelan ditawarkan bersama panggilan tanpa had ke semua rangkaian, percuma WhatsApp dan WeChat tanpa had serta percuma Yonder Music,” katanya pada majlis pelancaran Celcom First iaitu First Gold Supreme dan First Platinum Plus, di sini, semalam.

Zalman berkata, pelan Celcom First telah diperbaharui untuk memberi pengalaman digital dan penstriman video terbaik kepada pelanggan tanpa perlu risau kehabisan data Internet.

Beliau berkata, dengan penawaran itu, pelanggan tidak perlu lagi mencari pelan yang dapat memenuhi keperluan digital mereka.

Sementara itu, sempena sambutan kemerdekaan ke-60, Celcom turut memperkenalkan dua program terkini bagi membolehkan pelanggan memiliki telefon pintar baru dengan mudah.

Zalman berkata, sembilan model telefon pintar percuma ditawarkan kepada pelanggan yang mendaftar dengan pelan First Gold Plus, Fisrt Gold Supreme, First Platinum dan First Platinum Plus boleh memilih salah satu model telefon yang disediakan bermula 16 Ogos hingga 30 September.

Pelanggan First Platinum Plus juga akan menikmati diskaun sehingga 55 peratus bagi telefon Samsung S8 dan iPhone7. Celcom adalah penyedia rangkaian data terkemuka di Malaysia dengan 10.2 juta pelanggan dan 2.9 juta daripadanya pelanggan pascabayar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Ogos 2017 @ 11:09 AM