KAKITANGAN Maybank menunjukkan kad kredit emas Amex yang dilancarkan, semalam.
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Malayan Banking Berhad (Maybank) memperkenalkan Kad Kredit Emas Pulangan Tunai American Express (Amex) dan menyasarkan 20,000 pemegang kad dalam tempoh setahun.

Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Malaysia Datuk Hamirullah Boorhan berkata, pengenalan kad baru itu bertujuan untuk memenuhi keperluan segmen pasaran yang memilih penjimatan tunai terdahulu.

“Kami menjangkakan pemegang kad baru itu akan membuat transaksi perbelanjaan bernilai RM160 juta dalam setahun.

“Setakat ini, Maybank mempunyai lebih kurang 1.9 juta pemegang kad kredit keseluruhannya dengan nilai perbelanjaan RM3 bilion sebulan,” katanya di majlis pelancaran Kad Kredit Emas Pulangan Tunai American Express, di sini, semalam.

Sementara itu, Sanjiv berkata, Kad Kredit Emas Pulangan Tunai American Express menawarkan pulangan tunai 1.0 peratus untuk semua perbelanjaan tempatan dan 1.5 peratus luar negara tanpa perbelanjaan minimum.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Ogos 2017 @ 8:10 AM