PENGARAH Perhubungan Perniagaan RHB Islamic Bank Berhad Ahmad Zaini Sofian (tengah) bersalaman dengan Husni sambil diperhatikan Muhd Firdaus.
PENGARAH Perhubungan Perniagaan RHB Islamic Bank Berhad Ahmad Zaini Sofian (tengah) bersalaman dengan Husni sambil diperhatikan Muhd Firdaus.
HM Digital

Petaling Jaya: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), menyasarkan penyertaan 600 syarikat bagi acara penganjurannya iaitu Sidang Kemuncak Pemasaran Global: Jual Jenama Anda ke Dunia yang akan berlangsung pada 16 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Muhd Firdaus Azharuddin berkata, penyertaan dibuka kepada semua syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan di mana mereka berpeluang mempelajari dan mengaplikasikan prinsip serta falsafah usahawan antarabangsa yang akan berkongsi pengalaman serta pandangan dalam usaha mencipta jenama global berjaya.

“Acara ini bertujuan mengenal pasti kesilapan umum sering dilakukan dalam perniagaan dan memberi ulasan mendalam mengenai perkembangan perniagaan dijalankan,” katanya pada majlis pra-pelancaran Sidang Kemuncak Pemasaran Global: Jual Jenama Anda ke Dunia di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Datuk Husni Salleh.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Oktober 2017 @ 6:57 AM
Digital NSTP Subscribe